fbpx
Orang ramai menunggu ketibaan sembilan delegasi misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Miles to Gaza (TMTG) di KLIA hari ini.

Freedom Flotilla: Ahli keluarga, orang ramai berkumpul di KLIA sambut aktivis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Seawal pukul 3.30 petang tadi, orang ramai sudah mula berkumpul di sekitar Balai Ketibaan Domestik, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) bagi meraikan ketibaan aktivis Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Miles to Gaza (TMTG).

Menerusi tinjauan Kosmo! di KLIA, suasana di KLIA masih terkawal walaupun sudah mula meriah dengan kehadiran orang ramai serta pengamal media yang membawa bendera Palestin.

Sembilan aktivis Malaysia tersebut dijangka mendarat sekitar 4.08 petang sebelum keluar ke Balai Ketibaan Domestik bagi bertemu ahli keluarga dan orang ramai yang hadir.

Terdahulu, sembilan aktivis Malaysia telah menyertai gelombang ketiga misi kemanusiaan FFC x TMTG yang berlepas dari Turkiye bagi membawa bekalan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Namun begitu, kapal mereka dipintas oleh tentera rejim Israel pada Rabu lalu dan sebelum ditunda ke Pelabuhan Ashdod dan kemudiannya dipindahkan ke Penjara Ketziot di Negev, Israel.

Delegasi Malaysia yang terlibat ialah Profesor Emeritus Dr. Mohd. Alauddin Mohd. Ali, Dr. Fauziah Mohd. Hassan, Dr. Maziah Muhammad, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. Ili Syakira Mohd Suhaimi, Dr. Mohd Afandi Salleh, Dr. Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Dalam pada itu, Kementerian Luar mengesahkan semua sembilan rakyat Malaysia itu telah dipindahkan keluar dari Israel dengan menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921 dan selamat tiba di Istanbul pada pukul 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia).

Kesemua mereka antara 145 aktivis antarabangsa yang ditahan tentera Israel selepas kapal konvoi kemanusiaan yang disertai mereka ditunda ke Pelabuhan Ashdod. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI