fbpx
HORNER masih dianggap ketua pasukan berprofil tinggi dan mampu memacu Ferrari ke prestasi terbaik. - AFP

F1: Ferrari perlu ‘sambar’ khidmat Horner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas pelumba Formula Satu (F1), Johnny Herbert menggesa Ferrari agar tidak melepaskan peluang ‘keemasan’ untuk menyambar bekas prinsipal Red Bull, Christian Horner yang kini mencari destinasi baharu.

Herbert menyifatkan Horner sebagai ‘sasaran utama’ yang wajib dikejar oleh gergasi Itali itu, lebih-lebih lagi selepas mereka ‘kempunan’ untuk mendapatkan sentuhan magis pereka sensasi, Adrian Newey.

Newey kini menyertai Aston Martin sebagai rakan teknikal pengurusan dan pemegang saham pasukan selepas meninggalkan Red Bull pada Mac lalu.

Bagi Herbert, Ferrari tidak sepatutnya mengulangi kesilapan sama seperti ketika gagal mendapatkan Newey dan Ferrari memerlukan seorang ‘pemimpin’ sejati yang mampu mengemudi pasukan kembali ke puncak kejuaraan.

“Anda perlu menarik individu yang betul untuk memberi peluang memiliki kereta terpantas. Saya pasti mereka cuba mendapatkan Adrian Newey, tetapi sepatutnya usaha itu dilakukan dengan lebih kuat.

“Saya suka Fred Vasseur, tetapi mungkin mereka memerlukan seseorang yang mampu mencipta formula kemenangan dan itu merujuk kepada Christian Horner.

“Sasaran utama mereka perlukan ialah Christian (Horner) kerana Ferrari sudah mempunyai semua ramuan, cuma belum berjaya menyatukannya.

“Mereka sudah ada pemandu hebat dan semakin kurang melakukan kesilapan di hentian pit atau strategi, tetapi kelajuan jentera masih belum cukup.

“Mereka perlu seseorang yang mampu menarik bakat terbaik dan memberi mereka kebebasan untuk bekerja dengan cara sendiri seperti yang dilakukan Horner terhadap Newey di Red Bull,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI