fbpx
FERNANDES masih memiliki kontrak bersama United sehingga 2027 dan mengakui masih gembira bersama kelab itu. - AFP

EPL: Fernandes tidak tolak berhijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes tidak menolak kemungkinan untuk berhijrah ke Arab Saudi pada hujung musim ini biarpun mengakui masih gembira di Old Trafford.

Fernandes, 31, menikmati musim keenamnya bersama pasukan itu, namun musim panas lalu menyaksikan masa depannya bersama United menjadi bualan apabila menerima tawaran lumayan daripada Al-Hilal dengan gaji mingguan £700,000 (RM3.93 juta).

Selain Al-Hilal, dua lagi kelab dari negara itu, Al-Ittihad dan Al-Nassr yang mempunyai khidmat rakan senegara Fernandes, Cristiano Ronaldo juga menyatakan minat yang kuat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Selepas mengadakan rundingan bersama Al-Hilal dan pengendali United, Ruben Amorim, Fernandes membuat keputusan untuk kekal untuk musim seterusnya bersama United dan bersaing untuk memburu gelaran utama.

Mengulas mengenai kemungkinan perpindahan itu berlaku selepas dia beraksi di Piala Dunia 2026, Fernandes tidak menolaknya, namun percaya pilihannya untuk kekal di OId Trafford adalah masih relevan.

“Saya tidak menutup pintu untuk ke Arab Saudi. Saya menolaknya sebelum ini bukan kerana Piala Dunia. Ia tidak pernah terlintas di fikiran (meninggalkan United).

“Saya mahu kekal di Manchester United dan kelab juga mahu saya terus berada di sini. Itu adalah sebab utamanya,” katanya.

Fernandes enggan mengulas mengenai kemungkinan akan ada tawaran yang kembali datang dari Arab Saudi untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas tahun depan, sambil mengakui ia adalah senario yang sukar digambarkan.

“Apabila ada rundingan itu berlaku, saya akan memberitahu anda di sidang media. Saya lebih gemar untuk menikmati apa yang sedang dilalui ketika ini. Saya masih gembira di United, kecuali perkara sebaliknya berlaku,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI