fbpx
Dua wanita yang dilaporkan sesat di Bukit Bendera berjaya diselamatkan anggota bomba hari ini.

Dua pendaki wanita sesat di Bukit Bendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Dua wanita yang dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Bendera, Ayer Itam di sini hari ini berjaya diselamatkan anggota bomba dalam operasi yang dijalankan lebih satu jam.

Mangs dikenali sebagai Shyleena Jafro, 27, dan Noor Fadilah Hamidin, 31, ditemukan dalam keadaan selamat pada pukul 12.31 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 12.10 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi lima minit kemudian, pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari berdasarkan maklumat lokasi yang dihantar oleh mangsa melalui aplikasi WhatsApp,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi tersebut melibatkan seramai tujuh anggota serta sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Tambahnya, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.26 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI