fbpx
LEONA tampil 'daring' mengiringi persembahan nyanyian dangdut di pentas Hausboom Music malam tadi.

Bergelek sakan, Leona mahu jadi superstar dangdut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tampil berani dan mencuri perhatian ramai, pempengaruh Kasih Iris Leona menghiburkan penonton apabila sakan bergelek menari dangdut bersama sekumpulan krew kabin AirAsia ketika konsert Hausboom Music, malam tadi.

Susulan persembahan tersebut, Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona, 23, secara berseloroh menyatakan hasratnya untuk menceburi dunia seni sebagai penari dangdut.

“Tiba masanya saya mulakan karier baharu sebagai superstar dangdut,” katanya dalam hantaran Instagram.

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu lincah menarikan lagu Kopi Dangdut dengan mengenakan busana serba merah yang sepadan dengan krew kabin di atas pentas.

Rata-rata memuji aksi selamba dan penuh keyakinan Leona yang dilihat mampu menghidupkan suasana konsert dengan tarian energetiknya.

“Mungkin awak finalis seterusnya dalam rancangan Talk To My Manager,” kata peminat.

“Boleh mula fikirkan mengenai nama kelab peminat awak,” ujar pengikut.

“Kalah penari sebenar,” tutur netizen.

Festival Hausboom Music yang berlansung di MAEPS, Serdang, Selangor menghimpunkan variasi penghibur tempatan dan luar negara dalam sebuah konsert berskala besar. – KOSMO! ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI