fbpx
Pakej pelayaran untuk mengerjakan umrah bersama Aroya IslamiCruise boleh dijadikan satu hadiah istimewa buat insan tersayang.

Aroya IslamiCruise tawar pakej pelayaran menunaikan umrah selama 16 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mencari kelainan dalam perjalanan untuk menunaikan umrah dengan melalui ‘jalan laut’ seperti mana yang dialami oleh para jemaah zaman dahulu untuk mengerjakan haji hanya dengan menaiki kapal, kini boleh direalisasikan dengan menempah pakej pelayaran umrah bersama Aroya IslamiCruise yang akan dimulakan awal tahun depan.

Bagaimanapun dengan menaiki armada Aroya IslamiCruise, ia akan  menawarkan satu pengalaman belayar di dalam kapal mewah dengan diisi pelbagai aktiviti bagi pengisian rohani sepanjang pelayaran tersebut.

Pengarah Projek, Ab Rahman Mohd Ali berkata, pengisian rohani di atas kapal itu akan dipimpin oleh Ustaz Wadi Anuar (Malaysia) dan Ustaz Abdul Somad (Indonesia) bagi memastikan setiap keluarga bukan sahaja menikmati kemewahan, tetapi juga dibimbing dari segi rohani sepanjang pelayaran.

Kapal yang memulakan pelayaran dari Pelabuhan Klang selama 16 hari, 15 malam  itu akan memberi peluang kepada pelanggan untuk singgah ke beberapa destinasi ikonik seperti Oman, Maldives dan Banda Aceh sebelum kapal berlabuh di Arab Saudi seterusnya dapat menunaikan umrah selama tiga hari dua malam di Mekah.

“Pelanggan akan diberi dua pilihan sama ada belajar dan menikmati kemewahan pelancongan dalam kapal sebelum menunaikan umrah di Mekah atau menunaikan umrah terlebih dahulu dan belayar bersama kami,” katanya pada majlis pelancaran pakej pelayaran tersebut di sini baru-baru ini.

Tempahan untuk pakej tersebut dikendalikan secara eksklusif oleh lima agensi pengendali umrah dan haji iaitu Tabung Haji Travel & Tours (THTS), Andalusia Travel & Tours, Rayhar Travel & Tours, Jay Ibrahim Travel, dan Insaff Travel. 

Selain itu, pelanggan bukan beragama Islam juga ditawarkan untuk belayar sambil melancong dengan  menaiki kapal Aroya IslamiCruise tetapi melalui pakej percutian yang berbeza.

Seperti biasa kemudahan yang terdapat di Aroya IslamiCruise memenuhi keperluan pelanggan daripada golongan warga emas hinggalah kepada kanak-kanak agar masa mereka terisi selain melaksanakan ibadah dengan tawaran sajian menu menyelerakan.

“Bagi tetamu yang mahukan layanan lebih eksklusif, keahlian Khuzama Club menambah nilai perjalanan pelanggan yang membolehkan mereka mendapat keutamaan menaiki kapal, sajian bertaraf istimewa, perkhidmatan concierge peribadi dan juga aktiviti kebudayaan yang dirangka khusus,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ab Rahman memaklumkan, pihaknya menyasarkan untuk membawa masuk sehingga 8,000 pelancong melalui perkhidmatan yang baru dilancarkan itu sekali gus akan memberi kesan positif kepada kempen Tahun Melawat Malaysia tahun depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI