fbpx
Pemandangan jalan utama di tengah pusat peranginan Sharm el-Sheikh di hujung selatan Semenanjung Sinai, Mesir pada 9 Oktober lalu. - AFP

3 diplomat Qatar maut dalam kemalangan di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAHERAH – Tiga diplomat Qatar terbunuh, manakala dua cedera dalam satu kemalangan kereta hari ini berhampiran bandar Sharm el-Sheikh, Mesir, demikian menurut kedutaan negara Teluk itu.

Diplomat dan delegasi rasmi berada di bandar peranginan Laut Merah itu dalam beberapa hari kebelakangan ini untuk rundingan gencatan senjata Gaza dan perjanjian pembebasan tebusan.

Media berkaitan kerajaan Mesir, Al-Qahera News berkata, lima warga Qatar dan seorang pemandu Mesir berada di dalam kenderaan itu apabila ia terbabas akibat hilang kawalan.

Kedutaan Qatar di Kaherah menyatakan kesedihan yang mendalam atas kematian tiga diplomat itu.

“Mangsa yang terbunuh dan cedera akan dipindahkan ke Doha dengan pesawat Qatar hari ini,” katanya dalam satu kenyataan. 

“Kedua-dua yang cedera kini menerima rawatan perubatan yang diperlukan di Hospital Antarabangsa Sharm El Sheikh,” tambahnya.

Qatar bersama rakan pengantara Mesir dan Amerika Syarikat (AS), terlibat dalam rundingan berbulan-bulan yang membawa kepada gencatan senjata Gaza yang menurut Israel, berkuat kuasa pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Sharm el-Sheikh juga akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak damai bermula esok yang dipengerusikan oleh Presiden AS, Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Mesir, Abdel Fattah al-Sisi. 

Pertemuan itu dijangka melibatkan peserta dari lebih 20 negara dengan tujuan menamatkan peperangan di Semenanjung Gaza. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI