fbpx
Tangkap layar hantaran di aplikasi Threads, rakyat Gaza berlari pulang dan sujud syukur sejurus tiba di rumahnya selepas dua tahun akibat perang antara Israel dan Hamas.

[VIDEO] Rakyat Gaza menangis gembira pulang rumah selepas 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Alhamdulillah, Ya Allah.”

Itu luahan seorang rakyat Gaza berlari pulang ke rumahnya berseorangan dalam tangisan kegembiraan selepas dua tahun hidup dalam ‘kegelapan perang’.

Menerusi hantaran pengguna di aplikasi Threads, rakyat Gaza itu berlari sehingga ke rumahnya yang masih berdiri teguh dikelilingi persekitaran hancur akibat serangan tentera Zionis.

Dalam video berdurasi 36 saat itu memperlihatkan lelaki tersebut (rakyat Gaza) sujud syukur selepas tiba dihadapan rumah selepas kedamaian dua pihak sekali gus tentera Israel berundur dari beberapa wilayah Palestin.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Israel dan Hamas bersetuju melaksanakan fasa pertama pelan damai untuk menghentikan pertempuran selain membebaskan tahanan Palestin.

Sejak 7 Oktober 2023, lebih 67,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, berakhir dengan gencatan senjata berkuat kuasa pukul 12 tengah hari (waktu tempatan) atau 5 petang waktu Malaysia semalam.

Menerusi hantaran pengguna TikTok @Ahmadalfaridzhiq, mempamerkan ribuan rakyat Gaza berjalan di perairan pantai Gaza selepas berita gencatan senjata.

Manakala, rakyat Gaza pulang ke kediaman masing-masing dalam keadaan penuh sayu dalam meraikan kegembiraan, tanpa kepastian sama ada rumah mereka masih berdiri atau sudah musnah dihancurkan tentera Zionis.

Selain itu, anak-anak Gaza turut dilihat meraikan gencatan senjata sebagai tanda pasukan Israel mundur mengikut perjanjian untuk mengakhiri perang dan menyeru agar Israel dihukum atas kejahatannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI