fbpx
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka memaparkan kejadian di Plaza Tol LDP semalam.

[VIDEO] Kelindan cedera, pemandu lori lari selepas rempuh tol LDP diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang melarikan diri selepas lori yang dipandunya terlibat kemalangan di Plaza Tol Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian sekitar pukul 2.30 itu melibatkan sebuah lori 10 tan.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadian lori dipandu dari arah Putrajaya menghala ke arah Bukit Puchong.

“Apabila menghampiri Plaza Tol Puchong Selatan, lori terbabit dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tembok plaza tol berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, kelindan lori iaitu seorang lelaki warga Bangladesh berusia 42 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka.

“Manakala pemandu, seorang lelaki warga Indonesia, telah melarikan diri dan usaha mengesan sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI