fbpx
Gambar hiasan

Setiap peruntukan dalam Belanjawan 2026 dimanfaat sepenuhnya – DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) komited untuk memastikan setiap peruntukan dalam pembentangan Belanjawan Madani 2026 semalam dimanfaatkan sepenuhnya.

DBKL berkata, langkah tersebut bagi memastikan kesejahteraan warga kota dan kemakmuran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Sejahtera dan Lestari.

Jelas DBKL, pihaknya telah menubuhkan Pasukan Pelaksanaan dan Pemantauan Projek
(PPPP-DBKL) bagi memastikan setiap inisiatif yang diumumkan dilaksanakan dengan cekap, telus dan menepati jadual.

“Pasukan ini akan berperanan untuk menyelaras projek di bawah peruntukan Belanjawan Madani, memantau kemajuan fizikal dan kewangan projek serta melaporkan prestasi pelaksanaan kepada Jabatan Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

DBKL berkata, antara inisiatif utama yang telah diumumkan termasuk RM500 juta untuk menambahbaik kemudahan penjaja dan perumahan rakyat.

“Turut diumumkan, pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir serta pembangunan semula Kompleks Renang Kuala Lumpur,”kata DBKL.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI