fbpx
CHEE Keong (tengah) bersama kesatuan sekerja Perlis di sebuah hotel di Kangar, hari ini.

Sektor baharu bakal dimasukkan dalam RUU Pekerja Gig 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Kementerian Sumber Manusia memaklumkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi meluaskan perlindungan kepada lebih banyak sektor pekerjaan gig.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, penambahbaikan itu penting bagi memastikan semua pekerja gig menikmati hak dan perlindungan yang seimbang.

Katanya, Malaysia antara negara terawal di dunia yang menggubal undang-undang khusus bagi melindungi sektor pekerjaan gig.

“RUU ini bersifat hidup dan fleksibel kerana senarai sektor di bawahnya boleh dikemas kini tanpa perlu dibawa semula ke Parlimen, hanya memerlukan kelulusan menteri. Selepas kuat kuasa RUU tersebut, kementerian akan meneliti keperluan menambah sektor baharu selaras dengan perkembangan ekonomi digital,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM10 juta untuk pembangunan kesatuan sekerja melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Kesuma.

Menurutnya, buat masa ini RUU tersebut hanya menunggu perkenan Yang Dipertuan Agong sebelum dikuatkuasakan di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI