PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran itu melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga 1 petang ini.
“Antara kawasan yang terlibat ialah seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang manakala Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak turut dijangka terjejas.
“Selain itu, cuaca buruk turut dijangka di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang, Selangor,” ujarnya.
Amaran cuaca buruk itu berterusan termasuk di Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor. -KOSMO! ONLINE