fbpx
Nicolas Maduro dan Trump

Pemenang Nobel Keamanan dedikasi anugerah kepada Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OSLO – Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Maria Corina Machado kelmarin mendedikasikan anugerahnya kepada rakyat Venezuela dan Presiden Donald Trump.

Machado merupakan aktivis demokrasi yang mengetuai kempen untuk menumbangkan pemerintahan kuku besi Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dalam pilihan raya tahun lalu, kata panel juri.

Wanita itu enggan meninggalkan Venezuela walaupun nyawanya terancam.

Beliau mendedikasikan Hadiah Nobel Keamanan yang diterimanya kepada rakyat Venezuela dan dalam langkah mengejut, juga buat Trump, kerana sokongan padu Presiden Amerika Syarikat (AS) berkenaan kepada ‘perjuangan kami’.

“Lebih daripada sebelumnya, kami bergantung kepada Presiden Trump,” kata Machado di laman X, sebulan selepas tentera AS dikerah berhampiran pantai Venezuela dalam kempen membanteras kartel dadah.

Machado, 58, memberitahu pengarah Institut Nobel, Kristian Berg Harpviken bahawa beliau yakin peralihan aman kepada demokrasi akan berlaku di Venezuela.

“Saya yakin kami akan berjaya,” tambahnya.

“Jurutera terlatih yang bersembunyi sejak setahun lalu ini adalah contoh keberanian awam paling luar biasa di rantau Amerika Latin,” kata pengerusi Jawatankuasa Nobel, Jorgen Watne Frydnes.

Sejak kembali ke White House untuk penggal kedua pada Januari lalu, Trump berulang kali menegaskan bahawa beliau ‘layak’ menerima Hadiah Nobel Keamanan kerana peranannya menyelesaikan banyak konflik di seluruh dunia.

Pejabat Presiden AS menyifatkan keputusan jawatankuasa Nobel itu sebagai tanda ‘politik mengatasi keamanan’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI