SEBERANG PERAI – Pentadbir sekolah diminta mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan melaksanakan langkah keselamatan awal bagi mengekang penularan jangkitan influenza.
Menterinya, Fadhlina Sidek bagaimanapun berkata, sebarang keputusan penutupan sekolah hanya akan dibuat KPM setelah semua langkah pencegahan dijalankan.
Katanya, langkah-langkah itu termasuk mengamalkan penjagaan kesihatan, keselamatan dan kebersihan di sekolah termasuk menggalakkan pemakaian pelitup muka.
“Kita ambil maklum semua itu dan memberikan peringatan kepada pentadbir untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan ambil langkah keselamatan khususnya untuk mengelak penularan ini berdasarkan SOP kita.
“Kita akan ikut semua langkah-langkah tersebut dahulu sebelum kita isytihar sama ada tutup atau (PdPR) sebagainya.
“Ia kerana langkah-langkah itu mesti dipatuhi untuk memastikan dapat kita mengawal penularan,” katanya. – KOSMO! ONLINE