fbpx
Anwar berucap pada program Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Cemerlang, Saya Pelajar Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy, Ipoh hari ini.

Malaysia jadi pilihan pelajar antarabangsa, pelajar tempatan tetap diberi keutamaan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Malaysia mengalu-alukan kehadiran pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di negara ini, namun keutamaan dalam kemasukan ke universiti tetap diberikan kepada pelajar tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kini menempatkan kira-kira 170,000 pelajar antarabangsa menjadikannya sebagai destinasi utama pendidikan tinggi di ASEAN.

“Di ASEAN kita nombor satu yang memiliki jumlah pelajar luar negara paling ramai. Ini menunjukkan imej dan mutu pendidikan kita dihargai,” katanya ketika berucap pada program Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Cemerlang, Saya Pelajar Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy, di sini hari ini.

Menurut Anwar, walaupun kehadiran pelajar antarabangsa penting terutama bagi universiti swasta, ia sama sekali tidak menjejaskan peluang anak-anak tempatan yang merekodkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Malah katanya, kehadiran pelajar antarabangsa itu juga sama sekali tidak mengambil 1,500 kuota pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda di lima universiti bermula tahun depan seperti mana yang diumumkan dalam Belanjawan 2026.

“Kita beri pilihan kepada tempat (pengajian), tapi keutamaan tetap untuk anak-anak Malaysia. Kita beri ruang kerana orang luar ini bayar penuh yuran pengajian. Anak-anak Malaysia kerajaan bayar, jadi janganlah halang orang luar untuk masuk (melanjutkan pelajaran).

“1,500 tempat baharu ini pun semua untuk pelajar-pelajar cemerlang sama ada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau matrikulasi dalam negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI