fbpx
Sebahagian bot mengibarkan bendera Palestin pada Himpunan 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza di Padang Lembah Sireh, Kota Bharu baru-baru ini.

Lembah Sireh dibanjiri bendera Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Suasana di Padang Lembah Sireh di sini bertukar meriah apabila lebih 700 buah bot berarak mengibarkan bendera Palestin pada Himpunan 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza baru-baru ini.

Pengarah Urusan Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed berkata, tujuan aktiviti itu diadakan adalah untuk menunjukkan solidariti bersama misi kemanusiaan global Free Palestine.

Katanya, lebih 15,000 daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir menyertai perhimpunan tersebut, menjadikannya antara manifestasi solidariti terbesar di Pantai Timur tahun ini.

“Isu Gaza bukan sekadar konflik serantau tetapi tragedi kemanusiaan sejagat yang menuntut keprihatinan dan tindakan berterusan daripada masyarakat antarabangsa.

“Walaupun dipisahkan oleh jarak geografi, setiap suara dan tindakan kecil diyakini mampu membentuk gelombang kesedaran besar yang membawa perubahan bermakna,” katanya.

Menurut Kartika, acara itu adalah cerminan komitmen kita bersama rakyat Palestin dalam memperjuangkan kebenaran dan kemanusiaan.

Tambahnya, setiap individu mempunyai tanggungjawab moral untuk bersatu menentang kezaliman dan mempertahankan hak asasi manusia.

“Perhimpunan seperti ini menyatukan hati rakyat Malaysia. Ia menjadi platform untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kita tidak akan berdiam diri terhadap penindasan. Kita bersuara kerana kita peduli,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI