fbpx
Fadhlina ketika di Majlis Penyerahan Projek SMK Bandar Baharu Sungai Lalang, Sungai Petani hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

KPM minta penyebaran video rogol pelajar di Melaka disekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Kementerian Pendidikan (KPM) telah meminta Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyekat penyebaran video kejadian rogol membabitkan pelajar perempuan sebuah sekolah di Melaka.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, masyarakat juga diminta tidak menyebarkan video tersebut yang dipercayai sudah tular bagi mengelakkan aib terhadap gadis di bawah umur terbabit.

Kata beliau, pihaknya tidak berkompromi terhadap salah laku seksual di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya dan tindakan paling tegas akan diambil terhadap pesalah.

“Kita sudah meminta kementerian yang berkaitan untuk mengambil tindakan bagi memastikan isu (video) ini tidak disebarkan kerana melibatkan mangsa yang merupakan pelajar.

“Tetapi kita perlukan kefahaman masyarakat juga bahawa (mangsa) ini anak bawah umur yang mesti dilindungi dan kes ini juga sudah berada di bawah bidang kuasa pihak autoriti serta merupakan kes yang sangat serius,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baharu Sungai Lalang, di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan dalaman juga sedang dijalankan oleh KPM untuk melihat secara keseluruhan aspek berkaitan yang perlu ditangani selepas kes terbabit berlaku.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI