fbpx
Dzulkhairi. Foto AMRAN ALI/KOSMO!

Kes ‘tindih’ junior di sekolah, empat calon SPM direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Empat pelajar tingkatan lima yang dipercayai terlibat dalam kejadian noda bergilir-gilir seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah direman enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek direman sehingga 16 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol berkumpulan.

Terdahulu, beliau mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa di Balai Polis Alor Gajah, selepas video kejadian dirinya dinodai dua daripada suspek mula tersebar dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.50 petang pada 2 Oktober lalu ketika mangsa berpatah balik ke kelas di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains yang tertinggal.

Katanya, sebaik tiba di kelas, mangsa ternampak dua pelajar lelaki berusia 17 tahun sedang menghendap dari celah pintu sebelum salah seorang daripada mereka tiba-tiba menggenggam tangan, menutup mulut dan menolak pelajar perempuan berkenaan ke dalam kelas.

Tambahnya, seorang lagi pelajar turut bertindak berjaga di kawasan tangga, manakala dua lagi masuk ke dalam kelas sebelum menodai mangsa secara bergilir-gilir dan aksi itu dirakamkan rakan lain.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI