fbpx
Anwar (tengah) melepaskan peserta larian pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Kebangsaan 2025 di Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI/KOSMO!

Kerajaan beri jaminan bantu sektor sukan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa sektor sukan akan terus menjadi tumpuan kerajaan sama seperti sektor lain.

Beliau berkata, pembangunan sukan bukan sahaja penting untuk melahirkan atlet berbakat, tetapi berperanan besar dalam membentuk disiplin, semangat juang dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Saya dan Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) akan perhati, kami cuba bantu apa yang mampu, walau sekecil-kecilnya.

“Kerana negara ini bukan sahaja nak maju dari segi ekonomi, budaya dan intelek, tapi kita juga mahu maju dari segi sukan,” katanya berucap ketika merasmikan program Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini hari ini..

Menurut Anwar, beliau menghargai sumbangan golongan muda dalam bidang sukan kerana peranan mereka mampu menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Malah beliau menzahirkan rasa bangga melihat semangat perpaduan yang dizahirkan oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini menerusi aktiviti sukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN