fbpx
Kevin Diks (kanan) meledak dua gol buat Indonesia pada aksi bertemu Arab Saudi, kelmarin. - Foto ihsan Timnas Indonesia

Kelayakan Piala Dunia: Kluivert akui serangan Indonesia tumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEDDAH – Pengendali Indonesia, Patrick Kluivert berharap jentera serangan pasukan itu kembali menemui sentuhan ampuh menjelang aksi ‘hidup mati’ menentang Iraq dalam saingan Kumpulan B kelayakan Piala Dunia 2026, awal pagi esok.

Menurut Kluivert, apa yang dipamerkan oleh barisan pemain di posisi serangan ketika tewas kepada Arab Saudi tidak begitu memberangsangkan sehingga Sang Garuda hanya mendapat jaringan menerusi sepakan penalti.

Kluivert yang merupakan bekas penyerang prolifik era 90-an berharap anak-anak buahnya dapat menggandakan usaha supaya meraih tiga mata ke atas negara Asia Barat yang menduduki ranking ke-58 dunia itu.

“Saya akui penyudah yang tumpul menjadi salah satu kelemahan kami dan ini adalah fakta yang sukar untuk dinafikan. Ada ketika saya cukup kecewa dengan barisan pemain kerana mensiakan banyak peluang terhidang.

“Namun, kita hanya memiliki masa yang singkat untuk melakukan persiapan selepas aksi bertemu Arab Saudi dan fokus sekarang adalah untuk bertemu Iraq (awal pagi esok),” katanya.

Sementara itu, jurulatih Iraq, Graham Arnold mengakui pasukannya terdesak untuk meraih keputusan positif ke atas Indonesia sebelum menentang Arab Saudi dalam saingan tiga penjuru, minggu depan.

Pada pusingan keempat kali ini, juara kumpulan akan meraih slot automatik ke Piala Dunia manakala naib juara akan beraksi pada peringkat seterusnya dan negara tercorot akan tersingkir sepenuhnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI