fbpx
HOJLUND terus mencipta sensasi apabila menyumbang dua gol ketika Denmark membenam cabaran Belarus awal pagi semalam. - AFP

Kelayakan Piala Dunia: Denmark berpesta gol belasah Belarus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ZALAEGERSZEG – Denmark mempamerkan aksi cukup luar biasa ketika membelasah Belarus 6-0 pada aksi Kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di ZTE Arena awal pagi semalam.

Masing-masing dua gol menerusi Rasmus Hojlund dan Anders Dreyer selain dua gol lagi sumbangan Victor Froholdt dan Patrick Dorgu memastikan Denmark terus memimpin saingan peringkat kumpulan dengan tujuh mata.

Ketua Jurulatih Denmark, Brian Riemer menyuarakan rasa gembira dengan kemenangan itu meskipun bakal kehilangan khidmat kapten, Pierre-Emile Hojbjerg menjelang aksi menentang Greece Isnin nanti akibat penggantungan.

“Satu keadaan cukup mengecewakan apabila kami bakal kehilangan khidmat kapten ketika bertemu Greece nanti. Itu akan menjadi kali ketiga kami beraksi tanpa Hojbjerg selepas saya melatih pasukan ini.

“Bagaimanapun, saya tidak risau kerana kami memiliki ramai pemain lain yang mampu mengisi kekosongan itu nanti. Bagi saya, kad kuning (Hojbjerg) itu bukanlah insiden yang disengajakan,” katanya.

Tambah beliau, kemenangan besar yang dicatat ke atas Belarus sangat penting bagi saingan kelayakan kali ini kerana menganggap jumlah jaringan mampu menjadi penentu untuk mereka melangkah ke Piala Dunia.

“Saya beritahu kepada semua pemain supaya mendapatkan jaringan yang banyak dan mereka melaksanakan tugas dengan baik. Kami memerlukan pemikiran seperti ini kerana jumlah jaringan sangat penting untuk aksi kelayakan,” ujar Riemer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI