fbpx
Antara aktivis yang menyertai misi kemanusiaan GSF.

‘Kami cerita sebab kami saksi hidup, perakam dalam penjara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, PU Rahmat tampil mempertahankan rakan-rakannya yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) selepas segelintir pihak mempertikaikan keikhlasan mereka dan menuduh mencari populariti.

Menurut PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, setiap individu yang menyertai misi itu mempunyai niat yang tulus dan berkorban semampu mungkin demi menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Kami barangkali ada cacat cela dalam niat kami. Saya orang nak tuduh saya gila populariti, tuduhlah saya sebab saya paling kental bagi saya lah. Dalam bab makian ni, orang maki saya, saya paling boleh tahan.

“Tetapi tolonglah sahabat-sahabat, janganlah maki, caci, hina kawan-kawan saya yang lain macam Zizi, Ardell, Musa. Sebab saya saksi hidup bagaimana mereka ni sebenarnya boleh jujur duduk dalam keadaan senang-lenang,” ujarnya dalam satu video temubual.

Beliau turut mendedahkan bahawa Zizi dan suaminya, Yusuf Bahrin pernah merancang untuk pergi bersama dalam misi tersebut, namun kekangan kewangan menyebabkan hanya seorang yang mampu berangkat.

“Yusuf dengan Zizi dulu nak pergi. Tapi duit tabungan mereka hanya mampu untuk seorang. Tiket ke Sepanyol hampir RM8,000. Kami bayar pakai duit sendiri, bukan duit derma atau sponsor,” jelasnya.

PU Rahmat juga menyifatkan pengorbanan rakan-rakannya seperti Musa, Ilya Balqis, Muaz Zainal, Haikal Zulkifli dan Haikal Abdullah sebagai bukti keikhlasan mereka yang telah lama terlibat dalam misi kemanusiaan, termasuk di Syria dan Jordan.

“Kalau orang kata mereka tak ikhlas, saya kenal Musa 10 tahun lepas, dia dah masuk penjara Jordan. Kalau dia nak ‘famous’ dengan masuk penjara Israel, Jordan ni pun dia dah masuk,” katanya.

Menurutnya, ramai tidak mengetahui bahawa para aktivis ini telah lama bergerak dalam misi kemanusiaan tanpa perhatian umum, dan hanya kini mendapat sorotan selepas pulang dari misi ke Gaza.

“Sedangkan kamu tak tengok 10 tahun lepas, mereka pergi dalam keadaan tak ada orang. Bila balik pun tak ada siapa sambut di lapangan terbang. Tapi kali ini bila orang angkat mereka, kamu kata mereka tak ikhlas.

“Kami perlu cerita sebab kami saksi hidup. Kami perakam. Kamera tiada mereka rampas. Bila kami masuk dalam penjara, kami lihat sendiri keadaannya. Tapi itu pun baru satu peratus daripada apa yang dilalui oleh rakyat Palestin,” katanya.

Sementara itu, PU Rahmat turut berkongsi pengalaman salah seorang peserta flotila yang berketurunan Palestin tetapi memiliki pasport Jerman, yang diperlakukan kasar oleh tentera Israel hanya kerana darah Palestin yang mengalir dalam dirinya.

“Sebab dia Palestin, tapi warga negara Jerman, tangan dia diikat di belakang, mata dia ditutup dan dia disepak untuk jalan. Bayangkan hanya sebab darah Palestin, macam itu keadaannya,” katanya.

Beliau menegaskan, pengalaman singkat mereka itu hanyalah bayangan kecil kepada penderitaan sebenar yang dialami rakyat Palestin setiap hari di Gaza selama dua tahun genosid.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN