PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga 6 petang ini.
“Antara kawasan yang terlibat ialah seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang manakala Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak turut dijangka terjejas.
“Selain itu, cuaca buruk turut dijangka melanda seluruh Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kemaman),” kata MetMalaysia.
Tambah MetMaysia, amaran cuaca buruk itu juga dikeluarkan bagi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta sebahagian daerah di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) dan seluruh Kuala Lumpur.
“Di Johor, melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi manakala negeri Sarawak tertumpu bahagian Kuching, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Limbang.
“Bagi negeri Sabah, hujan lebat berserta ribut petir turut dijangka di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas),” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE