fbpx
Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kanan) menyaksikan robot sebagai simbolik perasmian Ekspo TVET@KKDW di Ipoh, Perak hari ini. Foto FADZIL ZAINOL/KOSMO!

Elak warga asing kuasai pasaran tenaga kerja mahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Negara tidak mahu bidang tenaga kerja mahir yang diciptakan menerusi pelaburan oleh syarikat-syarikat antarabangsa (MNC) diisi oleh warga asing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan memperkuatkan lagi modul-modul kursus pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET) yang berasaskan keperluan teknologi moden semasa seperti robotik, kecerdasan buatan (AI) serta automotif.

Katanya, peningkatan peruntukan TVET kepada RM7.9 bilion seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2026 semalam akan digunakan untuk mengukuhkan pendidikan TVET negara.

“Semoga ekosistem pendidikan baru ini akan dapat melahirkan ramai tenaga-tenaga berkemahiran dan profesional untuk memenuhi kehendak pasaran berdasarkan pelaburan oleh MNC yang melabur di Malaysia, yang memerlukan tenaga mahir.

“Kita tidak mahu tenaga mahir ini datang daripada pekerja-pekerja asing, tetapi mesti 100 peratus rakyat Malaysia yang mendapat latihan TVET,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo TVET@KKDW 2025 di sini hari ini.

Mengikut data yang dikongsikan oleh Ahmad Zahid, daripada RM7.9 bilion yang diperuntukan kepada bidang TVET, RM3 bilion adalah kepada HRD Corp yang merupakan pusat menguruskan peningkatan kemahiran pekerja selain RM1.3 bilion kepada institut TVET yang mendidik lebih 79,000 penuntut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI