fbpx
DUA maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 56, Lebuhraya Senai-Desaru di sini, hari ini.

Dua maut tiga parah kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Dua maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 56, Lebuhraya Senai-Desaru di sini, hari ini.

Kemalangan melibatkan Toyota Fortuner dengan sebuah Volkswagen serta Honda CRV itu menyebabkan dua daripada kenderaan berkenaan terbakar.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Hazmi Zulkafli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubungan kebakaran kenderaan itu pada pukul 11.25 pagi sebelum lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi kejadian, kami mendapati berlaku kebakaran membabitkan dua daripada tiga kenderaan yang terbabit dalam kemalangan.

“Terdapat lima individu terbabit, namun semuanya berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“PKO kemudian bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, dua kenderaan yang terbakar adalah sebuah Toyota Fortuner yang mana seorang lelaki dewasa dilaporkan parah dan sebuah Volkswagen dengan empat individu yang mana dua daripadanya dilaporkan meninggal dunia dan dua lagi parah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI