KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM470 bilion menerusi Belanjawan 2026 yang merencana kewangan tahunan untuk era mendatang sebagai jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional yang menyeluruh. Belanjawan Madani Keempat itu menandakan lembaran pertama Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk tempoh jangka panjang yang mengumpul dan mengoptimum sumber negara termasuk dana syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan). Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan 2026 yang mengangkat tema Belanjawan Rakyat akan memulangkan hasil daripada reformasi berani……