fbpx
Gambar hiasan.

Belanjawan 2026: TH sambut baik langkah kerajaan permudah urusan bakal haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik komitmen kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat serta memanfaatkan hasil reformasi sepenuhnya kepada rakyat melalui Belanjawan 2026.

TH turut menyokong penuh usaha kerajaan dalam membantu mempermudah urusan bakal haji negara, termasuk langkah menaikkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan menunaikan ibadat haji kepada RM10,000 berbanding kadar RM3,000 sebelum ini.

Bagi penjawat awam pula, kemudahan pengeluaran Gantian Cuti Rehat (GCR) turut diperluas bagi tujuan menunaikan haji, terhad kepada penebusan RM10,000 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata kemudahan ini akan dapat membantu lebih ramai bakal haji negara untuk mencukupkan simpanan haji.

“Inisiatif ini juga selari dengan usaha TH yang sedang giat meningkatkan kesedaran para pendeposit untuk meningkatkan kadar simpanan bagi melancarkan urusan ibadat haji,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TH berharap sokongan kerajaan dalam mengukuhkan kepentingan bakal haji dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu perjalanan ibadat haji yang mabrur.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI