fbpx
Khaled (tengah) beramah mesra dengan sebahagian anggota tentera ketika hadir merasmikan Majlis Peluncuran Minggu Bersama Pencarum - Jelajah Utara 2025.- Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

Belanjawan 2026 selaras kajian KPP, fokus perkukuh ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Peruntukan bagi Kementerian Pertahanan dalam Belanjawan 2026 disifatkan selari dengan dapatan kajian separuh penggal Kertas Putih Pertahanan (KPP).

Ia khususnya dalam usaha memperkukuh aset dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya lebih moden dan bersiap siaga menghadapi pelbagai bentuk ancaman.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peningkatan peruntukan sebanyak 2.92 peratus berbanding tahun lalu menjadikan kementeriannya antara empat kementerian tertinggi menerima peruntukan terbesar bagi tahun depan.

Menurut beliau, penambahan itu mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap keperluan memodenkan ATM selaras dengan matlamat untuk membentuk Angkatan Masa Hadapan.

“Kita mengakui bahawa aset-aset ketenteraan sekarang banyak berasaskan kepada teknologi baharu.

“Peruntukan ini juga saya percaya adalah selari dengan dapatan yang kita hasilkan daripada kajian separuh penggal Kertas Putih Pertahanan, antaranya keperluan penambahbaikan aset-aset ATM serta kesiapsiagaan menghadapi ancaman tradisional dan bukan tradisional termasuk di Laut China Selatan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI