fbpx
Jais

Belanjawan 2026 perkukuh integriti dan tadbir urus negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua pengumuman penting dalam pembentangan Belanjawan 2026 semalam disifatkan sebagai bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh integriti serta mempertingkat tadbir urus negara.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, kejayaan Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (Star) melaksanakan lebih 1,000 pembaharuan tanpa menggunakan khidmat perunding luar menunjukkan keupayaan sebenar perkhidmatan awam negara.

Menurut beliau, langkah itu turut menjimatkan RM1.1 bilion kos pematuhan selain membantu Malaysia naik 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia, sekali gus membuktikan reformasi dalaman mampu memberi impak besar terhadap kecekapan, ketelusan dan keyakinan pelabur.

“Peruntukan RM25 juta kepada Star bagi memperkukuh pendigitalan urusan rakyat merupakan langkah strategik yang mampu mengurangkan ruang rasuah kecil serta mempercepatkan sistem penyampaian kerajaan secara telus dan mudah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jais berkata, MCW menyokong penuh cadangan kerajaan memberikan potongan cukai kepada penderma yang menyumbang kepada program pencegahan rasuah anjuran pertubuhan bukan kerajaan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Menurutnya, inisiatif itu merupakan pengiktirafan terhadap peranan masyarakat sivil sebagai rakan strategik kerajaan dalam membina budaya integriti nasional serta menggalakkan pendekatan whole-of-society dalam memerangi rasuah.

Katanya, pelaksanaan dasar tersebut perlu disertai dengan garis panduan, audit dan pemantauan telus bagi mengelakkan sebarang salah guna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI