fbpx
Poster dikongsikan Sumud Nusantara Official mengenai kepulangan sembilan aktivis negara yang menyertai misi Freedom Flotilla.

9 aktivis Freedom Flotilla tiba di Malaysia 5 petang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sembilan rakyat Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) kini dalam perjalanan pulang dan dijangak tiba di tanah air kira-kira pukul 5 petang esok.

Menurut Sumud Nusantara Official, dalam misi itu, kesemua aktivis berdepan detik cemas apabila ditahan rejim zionis, namun telah dibebaskan hasil usaha diplomatik.

“Usaha itu merupakan kerjasama erat antara Kerajaan Malaysia, Kementerian Luar (Wisma Putra), Kedutaan Malaysia di Turkiye, serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada Kerajaan Turkiye.

“Sambutan kepulangan akan diadakan pada Ahad bersamaan 12 Oktober sekitar pukul 5.05 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, orang ramai dijemput hadir bagi menyambut kepulangan deligasi sebagai tanda penghargaan terhadap keberanian dan pengorbanan mereka dalam membawa suara rakyat Malaysia untuk Gaza.

Semalam, Wisma Putra mengesahkan sembilan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi berkenaan dibebaskan dan diterbangkan dari Israel melalui penerbangan Turkish Airlines TK6921.

Mereka tiba di Istanbul pada pukul 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia), dan kesemua aktivis dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini.

Terdahulu, sembilan kapal yang menyertai misi kemanusiaan FFC-TMTG disahkan ditunda dengan kesemua aktivis atas kapal termasuk sembilan rakyat Malaysia dipindahkan ke Penjara Ketziot di Negev, Israel.

Mereka ialah Profesor Emeritus Dr. Mohd. Alauddin Mohd. Ali, Dr. Fauziah Mohd. Hassan, Dr. Maziah Muhammad, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. Ili Syakira Mohd. Suhaimi, Dr. Mohd. Afandi Salleh, Dr. Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Mereka merupakan antara 145 aktivis antarabangsa yang ditahan tentera Israel selepas kapal konvoi kemanusiaan yang disertai mereka ditunda ke Pelabuhan Ashdod. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI