fbpx
WAN ROSDY (tengah) menyaksikan MoU antara Yayasan Pahang dan Bubbles 02 Sdn. Bhd. di KLCC, hari ini.

Yayasan Pahang teroka sektor baharu, jalin kerjasama dengan Bubbles 02 Sdn Bhd

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Yayasan Pahang hari ini memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan syarikat pengeluar air mineral terkemuka, Bubbles O2 Sdn. Bhd. untuk projek eksplorasi, cari gali, pengilangan, pengedaran, dan pengkomersialan sumber air bawah tanah di negeri Pahang.

Majlis pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) yang diadakan bersempena Selangor International Business Summit (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Nizar Najib.

Kerjasama tersebut menandakan penerokaan strategik Yayasan Pahang ke dalam sektor industri baharu selaras dengan komitmen kerajaan negeri Pahang untuk mengalu-alukan pelaburan baharu dan mempelbagaikan aktiviti ekonominya.

Ketua Pegawai Eksekutif Bubbles O2 Sdn. Bhd., Abdul Aziz Arifin berkata, Pahang dengan sumber semula jadi yang kaya dan sokongan penuh daripada kerajaan negeri serta Yayasan Pahang adalah lokasi yang ideal untuk pelaburan ini.

“Syarikat kami sedang mengalami pertumbuhan yang ketara dalam pasaran air mineral dan secara aktif mencari sumber air baharu berkualiti tinggi bagi memperkukuh rantaian bekalan jangka panjang serta menyokong operasi kami yang sedang berkembang.

“Kami bukan sekadar mencari sumber air baharu tetapi berhasrat membangunkan model ekonomi air mampan yang boleh menjadi penanda aras bagi industri air mineral tempatan terutamanya kepada usahawan bumiputera seperti kami,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, beliau mengharapkan kerjasama ini terus berpanjangan dan membuahkan hasil bersama Yayasan Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI