fbpx
Tangkap layar ‘sampah’ yang dibuang penghuni pangsapuri tersebut.

[VIDEO] ‘Pengotor, baik duduk reban saja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan tidak bertanggungjawab seorang penghuni sebuah pangsapuri yang membuang ‘sampah’ dari tingkat 30 mencetuskan kemarahan ramai sehingga individu tersebut ‘dicop’ sebagai pengotor.

Menerusi perkongsian video @mommycute020 di TikTok, dia meluahkan rasa jijik dengan sikap penghuni tersebut yang tergamak membuang tuala wanita berdarah ke bawah pangsapuri.

“Tengok ni, ada pula dia boleh buang pad berdarah tu dari atas. Dekat tingkap pun ada kain dengan kesan najis. Sangatlah jijik dan menyusahkan orang,” katanya dalam video berkenaan bersertakan kapsyen ‘duduk apartment tapi otak sempit’.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam perbuatan itu dan mengharapkan pihak pengurusan mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat.

“Astaghfirullah, motif buang pad dekat luar macam tu? Kenapa dia macam tu? Orang apa yang duduk dekat situ?,” komen Maira.

“Saya pernah kena macam ni juga dan saya kerja di pengurusan. Kami pasang televisyen litar tertutup CCTV menghadap ke bangunan dan sekarang sudah tidak berlaku lagi,” kata Mariam.

“Buat aduan, kak. Aku emosi jumpa orang pengotor. Rumah kondominium tapi boleh dibiarkan macam tu pula. Baik duduk reban je, orang duduk flat pun dalam macam kondominium,” komen @donatcaremal – KOSMO! ONLINE

@mommycute020 duduk apartment tapi otak sempit😒 #fyppppppppppppppppppppppp #fypviral ♬ original sound – MOMMY TRIPLE S

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI