fbpx
Pei Ling (tengah) menerima anugerah yang disampaikan oleh Eldrick (kanan) dan Gillian (kiri).

Siri HONOR X9 terima anugerah daripada ASEAN Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – HONOR dengan bangganya mengumumkan Siri HONOR X9 telah menerima anugerah ‘Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ daripada ASEAN Records, sebuah organisasi berprestij yang mengiktiraf pencapaian luar biasa di seluruh Asia Tenggara. 

Pengiktirafan ini menyerlahkan prestasi jualan cemerlang model HONOR X9a, X9b, dan X9c dalam pasaran telefon pintar kelas pertengahan di Malaysia. 

Sebagai platform penyimpanan kejayaan serantau yang berwibawa, ASEAN Records meraikan pencapaian yang mempamerkan inovasi, kecemerlangan, dan pengaruh di Asia Tenggara. 

Pengiktirafan ini juga mengukuhkan lagi kehadiran dan impak HONOR yang semakin berkembang dalam industri teknologi di rantau ini. 

Pada masa sama, ia menandakan komitmen teguh HONOR terhadap kecemerlangan produk, inovasi berterusan, dan kepercayaan yang semakin meningkat daripada pengguna Malaysia di seluruh negara.

Siri HONOR X9 telah menerima anugerah ‘Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ daripada ASEAN Records.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengarah Urusan ASEAN Records, Gillian Ooi dan Eldrick Koh, kepada Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia, Tan Pei Ling, di Jerayawara HONOR X9d 5G di IOI Mall Puchong, Selangor. 

Pei Ling dalam ucapannya berkata, penganugerahan itu merupakan satu pencapaian yang mencerminkan kepercayaan pelanggan, dedikasi rakan kongsi perniagaan, serta usaha gigih pasukan HONOR Malaysia. 

Menurutnya, kejayaan siri HONOR X9 daripada X9a ke X9c dan kini X9d membuktikan komitmen mereka terhadap inovasi dan usaha untuk memberikan nilai terbaik kepada para pengguna.

“Kami amat berterima kasih atas pengiktirafan ini dan berasa terinspirasi untuk terus menghasilkan produk yang memperkayakan kehidupan serta memperkasakan komuniti di seluruh Malaysia dan rantau ASEAN. 

“Saya ingin tekankan bahawa pencapaian 56 peratus bahagian pasaran dalam segmen pertengahan bukan sekadar angka semata-mata, ia adalah tanda sokongan kukuh daripada pengguna kami, dan inilah yang mendorong HONOR untuk terus meningkatkan nilai kami,” katanya.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2022, Siri HONOR X9 telah menampilkan prestasi luar biasa di semua saluran runcit dan dalam talian secara konsisten. 

Siri ini dengan pantas mendapat sambutan popular dalam kalangan pengguna kerana rekaanya yang mengutamakan ketahanan, kekukuhan, dan prestasi tinggi. 

Ciri-ciri tersebut menyaksikan bahagian pasaran Siri X9 mencatat lonjakan yang ketara, daripada 33 peratus pada 2023 kepada 56 peratus pada 2025. 

Hari ini, satu daripada setiap dua telefon pintar kelas pertengahan yang dijual di Malaysia adalah model daripada Siri X9, sekali gus mengukuhkan dominasinya dalam segmen tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI