fbpx
Syaff Shukri, ketika menceritakan detik beliau ditahan oleh tentera Israel.

‘Saya cuma nak hubungi mak, sebab tahu mak risau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Masuk ke dalam sel makanan tak payah cakaplah, memang cukup-cukup sahaja. Air pun tak diberi, jadi kami terpaksa minum air dari tandas.”

Itu antara pengalaman perit yang dikongsikan wartawan Astro Awani, Syaff Shukri sewaktu ditahan selepas kapal misi Freedom Flotilla Coalition x Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dipintas tentera Israel.

Menurutnya, penahanan selama dua malam itu membuka matanya mengenai keperitan dan penderitaan sebenar yang sedang dilalui rakyat Palestin setiap hari.

“Saya makan dan minum sedikit sahaja. Dalam tempoh dua malam saya tidur, susah nak cakap… itu baru sedikit (keperitan) yang kami lalui. Bayangkan apa yang rakyat Gaza alami hampir setiap hari,” katanya menerusi siaran langsung di TikTok Astro Awani.

Lelaki itu menyifatkan layanan pihak berkuasa Israel sebagai amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Jujur saya cakap orang Israel dari pihak imigresen sampai polis yang menjaga makanan pun semuanya jahat, laknatullah. Saya tidak tahu nak cakap macam mana, tapi memang kejam,” katanya.

Syaff turut berkongsi perasaan amat bersalah kerana tidak dapat menghubungi keluarganya sepanjang tempoh tahanan tersebut.

“Saya cuma nak call (hubungi) mak, sebab saya tahu mak risau. Saya sempat hantar mesej terakhir kepada Ashwad Ismail dan mak, tetapi line (talian) terus dipadam, terus hilang,” katanya.

Katanya, ketika rampasan kapal berlaku, terdapat lebih 30 askar Israel yang lengkap bersenjata naik ke atas kapal menyebabkan para aktivis tidak melawan.

Syaff bersama lapan lagi delegasi Malaysia selamat tiba di Istanbul, Turkiye malam ini selepas melalui tempoh tahanan dan soal siasat di Israel.

Mereka merupakan kumpulan ketiga dan sebahagian aktivis antarabangsa yang menyertai misi kemanusiaan bagi menghantar bantuan ke Gaza menerusi jalan laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI