fbpx
GAMBAR fail Khalil Al-Hayya (tengah). - Foto AFP

Pemimpin Hamas isytihar perang Gaza tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DOHA – Pemimpin Hamas dalam buangan, Khalil Al-Hayya mengisytiharkan bahawa perang Gaza telah berakhir, lapor portal berita New York Post semalam.

Pengisytiharan dibuat selepas beliau menerima jaminan Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain mengenai perjanjian gencatan senjata yang diusahakan oleh Presiden AS, Donald Trump.

Al-Hayya menyampaikan pengumuman dinanti-nantikan itu ketika Israel dan Hamas menandatangani perjanjian untuk menghentikan pertempuran serta membenarkan baki tebusan Israel dibebaskan sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin.

“Kami bertindak secara bertanggungjawab terhadap rancangan Trump.

“Hari ini (semalam) kami mengumumkan perjanjian untuk menamatkan perang, (melihat Israel) berundur dari Gaza dan melaksanakan pertukaran tahanan,” katanya seperti laporan akhbar Times of Israel.

Beliau berkata, Hamas menerima jaminan daripada AS, para perantara Arab dan Turkiye bahawa perang di Gaza tamat secara kekal.

Beliau turut berkata, selain menamatkan perang, perjanjian itu akan membuka semula lintasan utama dengan Mesir dan menyaksikan semua wanita dan kanak-kanak Palestin yang dipenjara oleh pihak berkuasa Israel dibebaskan.

Kenyataan Al-Hayya itu hadir sebulan selepas beliau terselamat daripada percubaan Israel untuk membunuhnya bersama pemimpin Hamas lain di Qatar.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian damai tersebut, tentera Israel sepatutnya berundur dari Gaza secara berperingkat, manakala Hamas melucutkan senjata.

Satu kerajaan peralihan dipimpin oleh sebuah teknokrat antarabangsa juga akan dibentuk . – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI