fbpx
Hnin Sang didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya pada minggu lalu. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP.

Remaja 19 tahun dituduh bunuh rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang pekerja bengkel warga Myanmar berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya minggu lalu.

Tertuduh, Tha Hnin Sang hanya mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farha Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian mangsa, Cung Tha Lian, 25, di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Lingkaran Tengah di sini pada pukul 8.46 hingga 11.41 malam, 3 Oktober lalu. Sebutan semula kes ditetapkan 10 Disember ini.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan, tertuduh dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas mengaku bersalah masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah pukul 6.50 pagi di Kampung Tersusun Mutiara Galla, di sini pada 4 Oktober lalu.

Tertuduh merayu dikenakan hukuman minimum dan memberitahu, dia baru empat bulan masuk ke negara ini dan bekerja di bengkel kenderaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi dan Norshafatihah Nor Azmi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI