fbpx
Gambar hiasan.

Pasangan kekasih ‘ganggu’ murid di tandas sekolah ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Dua individu dipercayai pasangan kekasih ditahan malam kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual ke atas seorang murid di tandas sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain berkata, tangkapan dibuat beberapa jam selepas laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Chembong setelah anak perempuannya berusia sembilan tahun itu menceritakan kejadian pada pagi 7 Oktober lalu.

Menurutnya, mangsa dibawa pulang oleh datuknya dari sekolah kira-kira pukul 10.30 pagi selepas mengalami masalah semput sebelum dibawa penjaga untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik.

“Bacaan oksigen mangsa sedikit menurun dan ujian air kencing pula didapati ada kesan darah. Semasa di rumah, ibu mangsa bertanyakan mengenai perkara itu dan mangsa memaklumkan dia mengalami gangguan seksual di tandas.

“Ibu mangsa segera membuat laporan dan tangkapan merupakan wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah dan lelaki berusia 20-an telah dibuat malam sama bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi pemeriksaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN