SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah semestinya inginkan mahligai itu berkekalan selama-lamanya. Namun begitu, tidak semua pasangan dapat mempertahankannya. Begitu juga dengan pemuda yang ingin dikenali sebagai Mamat apabila dia gagal mempertahankan mahligai indah yang dibina bersama isterinya selama hampir lima tahun. “Isteri saya minta untuk dilepaskan setelah dia berjaya menamatkan pengajian di universiti dan menjadi seorang wanita bekerjaya. “Saya cuba untuk mempertahankan hubungan kami, tetapi kami tidak sekufu (setaraf) lagi, dan jalan terbaik adalah membawa haluan masing-masing,” katanya……