fbpx
ITA bercakap pada sidang akhbar di Jakarta hari ini. – AFP

Indonesia larang gimnas Israel sertai kejohanan gimnastik artistik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Persekutuan Gimnastik Indonesia menyatakan bahawa badan pentadbir antarabangsa sukan itu menyokong keputusan Indonesia menolak penyertaan atlet Israel untuk kejohanan gimnastik artistik dunia akan datang di Jakarta.

Acara pada 19 hingga 25 Oktober ini di negara berpenduduk majoriti Muslim paling ramai di dunia  itu akan menampilkan lebih 500 atlet dari 79 negara.

Atlet Israel dilaporkan antara mereka yang ditetapkan untuk bertanding, tetapi seorang menteri kabinet berkata, kerajaan Indonesia tidak akan membenarkan mereka masuk, memetik sokongan untuk Palestin.

Persekutuan Gimnastik Indonesia berkata, pihaknya telah memaklumkan pendirian Jakarta kepada Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

“FIG hari ini secara rasmi menyatakan melalui panggilan telefon kepada saya bahawa mereka menyokong keputusan kerajaan Indonesia.

“Visa mereka (atlet Israel) ditolak oleh imigresen,” kata pengerusi Persekutuan Gimnastik Indonesia, Ita Yuliati pada sidang akhbar.

FIG tidak segera menjawab permintaan AFP untuk memberikan ulasan.

Ketua jawatankuasa Olimpik kebangsaan, Raja Sapta Oktohari berkata, Indonesia bersedia menerima sebarang akibat kerana menghalang atlet Israel daripada bertanding.

“Kami akan menyemak akibatnya selepas acara ini,” katanya.

Indonesia telah menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2036. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI