PETALING JAYA – Kawasan padang permainan, futsal dan kebun di Sri Baiduri, Ukay Perdana di sini diarahkan tutup sementara atas nasihat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) susulan laporan mengenai kehadiran harimau.
Menurut hantaran Ahmad Akmal di Facebook, terdapat kesan cakaran harimau pada pokok di lokasi berkenaan.
Katanya, pihak Perhilitan menangguhkan operasi buat sementara waktu bagi menambah anggota dan kamera untuk mengesan haiwan itu memandangkan kawasan tersebut agak luas dan dipenuhi semak samun.
Operasi dijangka bersambung esok pagi dan dilengkapi peralatan khas Perhilitan.
Orang ramai dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang aktiviti luar seperti berjoging dan bermain di kawasan padang sehingga keadaan disahkan selamat. – KOSMO! ONLINE