fbpx
Gambar hiasan

Gara-gara isu peribadi, lelaki ugut kontraktor dengan parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Gara-gara perselisihan faham dipercayai berpunca daripada isu peribadi, seorang lelaki bertindak mengugut kontraktor binaan dengan sebilah parang sebelum diberkas dengan bantuan orang awam dalam kejadian di Batu 9, Cheras, semalam.

Naazron berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 6.30 petang apabila suspek berusia 29 tahun yang memandu kereta jenis Honda Civic bertindak menghalang laluan kenderaan mangsa berusia 59 tahun.

“Suspek kemudian keluar dari kereta sambil membawa sebilah parang dan membuka pintu kenderaan mangsa dengan alasan mahu berbincang mengenai hal peribadi.

“Namun, suspek bertindak merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa yang diletakkan di atas riba sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ekoran itu, mangsa bersama beberapa orang awam bertindak mengejar suspek hingga ke Jalan Cuepacs, sebelum lelaki itu ditahan.

“Telefon bimbit milik mangsa jenis Oppo berjaya ditemui semula namun dalam keadaan pecah dipercayai akibat dicampak suspek semasa kejadian. Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan akibat kejadian,” ujarnya.

Naazron berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada isu peribadi antara suspek dengan isteri mangsa.

“Semakan mendapati suspek yang merupakan penganggur itu memiliki dua rekod jenayah lampau.

Katanya, pihaknya turut meramps sebilah parang panjang serta sebuah kenderaan digunakan suspek ketika kejadian.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini hingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI