fbpx
Sembilan sukarelawan Malaysia yang masih berada dalam tahanan Israel. - Foto IHSAN MYCARE

Freedom Flotilla: Pesawat bawa 95 aktivis dijangka tiba di Istanbul petang ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah pesawat dari Israel dijangka tiba di Istanbul, Turkiye sekitar pukul 3 petang waktu tempatan hari ini, membawa seramai 95 individu yang dipercayai termasuk semua peserta kapal Conscience.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri yang memetik kenyataan rasmi Kementerian Luar Turkiye itu yang memaklumkan bahawa penerbangan berkenaan turut membawa aktivis kemanusiaan dari Malaysia.

“Kementerian Luar Turki: Kapal terbang dari negara penjajah akan tiba di Istanbul 3pm (petang), membawa 95 orang (kemungkinan semua peserta Conscience),” tulisnya dalam satu di hantaran Facebook, hari ini.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Malaysia mengenai ketibaan mereka, namun perkembangan tersebut memberi sinar harapan kepada rakyat yang mengikuti rapat perjalanan misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza itu.

Pesawat tersebut dilaporkan membawa aktivis antarabangsa yang sebelum ini ditahan selepas penyertaan mereka dalam misi kemanusiaan di perairan antarabangsa berhampiran Semenanjung Gaza.

Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) itu melibatkan kira-kira 150 aktivis daripada 25 negara, dengan menaiki sembilan kapal termasuk kapal Conscience dan Umm Saad dipintas tentera Zionis pada semalam ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza pada 10.50 pagi waktu Malaysia.

Lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Conscience ialah Ketua Delegasi Malaysia Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.

Seorang lagi doktor perubatan, iaitu Dr Maziah Muhammad pula berada di atas kapal Umm Saad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI