PETALING JAYA – Kadar duti eksais ke atas produk rokok dinaikkan bagi mengurangkan prevalens perokok di Malaysia berkuat kuasa 1 November ini.
Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan kenaikan dua sen untuk satu batang.
“Cigars, cheroots dan cigarillos naik RM40 per kilogram (kg) manakala produk tembakau ‘heated’ naik RM20 per kg,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata, kerajaan juga bersetuju supaya kadar duti eksais produk minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November.
Menurutnya, tindakan itu bagi mengurangkan akses kepada minuman beralkohol dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat. – KOSMO! ONLINE














