fbpx
Gambar hiasan.

Belanjawan 2026: RM1.4 bilion bantuan kumpulan OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan komited memastikan kebajikan dan hak golongan orang kurang upaya (OKU) terus terpelihara menerusi pelbagai inisiatif baharu dengan peruntukan hampir RM1.4 bilion bagi tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu meliputi bantuan kepada OKU kronik terlantar, OKU tiada upaya bekerja serta elaun pekerja OKU bagi membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih selesa dan berdikari.

Katanya, sebagai usaha memperkukuh sokongan kepada komuniti autisme, kerajaan turut menubuhkan Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) di Semenanjung Malaysia pada tahun ini.

“Operasi PPA akan diperluas ke Labuan, Sabah dan Sarawak untuk manfaat 13,000 OKU autisme dan keluarga mendapatkan sokongan bersepadu,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Prasarana Malaysia Berhad komited menambah baik akses mobiliti bagi golongan OKU dengan penyediaan 100 buah van mobiliti khas.

“Van ini berupaya membawa sehingga tiga penumpang berkerusi roda dan dilengkapi dengan sistem pengangkat kerusi roda.

“Kerajaan turut bercadang pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan pemeriksaan dan pengesanan, program intervensi awal serta rawatan pemulihan berterusan bagi anak OKU berumur 18 tahun ke bawah dinaikkan kepada RM10,000 ketimbang RM6,000,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN