fbpx
Mohd. Puad.

Apa salahnya diberi kerakyatan atas agenda nasional – Mohd. Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kenapa dipolitikkan kewarnegaraan pemain warisan? Apa salahnya diberi kerakyatan atas agenda nasional?”

Demikian persoalan dibangkitkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berhubung pemberian kerakyatan kepada pemain warisan.

Menurut beliau, pemberian kerakyatan kepada pemain warisan adalah langkah strategik supaya Malaysia layak masuk ke pusingan akhir Piala Dunia.

“Usaha itu patut disokong kerana tujuannya baik untuk meningkatkan kualiti sukan negara.

“Memberi motivasi kepada bakat tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd. Puad berkata, tidak menjadi kesalahan kepada Malaysia mencontohi Singapura menubuhkan Bakat Sukan Luar Negara (FST).

Kata beliau, menerusi FST, ahli sukan bertaraf dunia diberi kerakyatan secara ‘fast track’ oleh Singapura.

“Ada yang menang pingat di sukan Olimpik. Itu memberi semangat kepada rakyat Singapura agar lebih berdaya saing.

“Ikut pengalaman FST, selepas mendapat kerakyatan mereka masuk program khas untuk diintegrasikan dengan budaya rakyat tempatan.

“Jumlahnya bukan ramai, untuk jenis sukan yang terpilih sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI