fbpx
Gambar hiasan

UiTM: Dakwaan desak TNC HEP letak jawatan tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan sebuah portal tidak rasmi kononnya wujud desakan mahasiswa agar Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi meletak jawatan berhubung isu kolej kediaman.

UiTM menerusi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) menegaskan, dakwaan berunsur tuduhan itu adalah tidak benar dan berasas, serta boleh menjejaskan reputasi universiti dan pegawai kanan terbabit.

“Tiada sebarang desakan rasmi daripada mana-mana pihak mahasiswa terhadap TNC HEP seperti digambarkan,” katanya hari ini.

Menurut JHEP, kapasiti kolej kini disasarkan kepada 60 peratus mahasiswa dan usaha sedang dijalankan untuk meningkatkan kadar itu kepada 70 peratus sejajar dasar Kementerian Pendidikan Tinggi.

Ujarnya, isu penempatan kolej kediaman lebih ketara di UiTM Shah Alam berikutan keterbatasan kawasan pembangunan bagi menambah kemudahan baharu.

“Beberapa blok kolej kediaman lama turut sedang dinaik taraf secara berfasa bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan penghuni.

“Proses pemilihan pelajar ke kolej kediaman pula dilaksanakan secara telus melalui jawatankuasa kolej yang diketuai oleh Pengetua masing-masing,” katanya.

Jelasnya, UiTM memperkenalkan pelbagai inisiatif alternatif bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di kolej kediaman Antarany portal Non-Resident (NR) serta sistem e-Rayuan Kolej. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI