fbpx
GAMBAR fail Cristiano Ronaldo. - Foto AFP

Ronaldo pemain bola sepak pertama berstatus bilionair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo memperoleh  satu lagi pencapaian luar biasa dalam kerjayanya  apabila muncul sebagai pemain bola sepak pertama berstatus bilionair, lapor portal berita VnExpress semalam.

Menurut kemas kini Bloomberg Billionaires Index, nilai kekayaan bersih Ronaldo kini mencecah AS$1.4 billion (RM5.9 bilion).

Ini menandakan kali pertama dia diiktiraf indeks tersebut sekali gus menjadikannya pemain bola sepak pertama mencapai status tersebut.

Sepanjang lebih dua dekad kariernya di kelab-kelab gergasi Eropah seperti Manchester United, Real Madrid dan Juventus, bintang Portugal berusia 40 tahun itu telah menguasai padang dengan rekod persembahan yang menakjubkan.

Malah, dia turut memanfaatkan kemasyhurannya melalui perjanjian penajaan lumayan bersama jenama terkenal seperti Armani dan Nike.

Di penghujung kerjayanya, Ronaldo kini menyertai kelompok ahli sukan terkaya dunia. 

Pada Jun lalu, dia menandatangani lanjutan kontrak besar bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr yang dilaporkan bernilai lebih AS$400 juta (RM1.7 bilion) selain pegangan saham sebanyak 15 peratus dalam kelab tersebut.

Antara atlet terkenal lain yang pernah mencapai status bilionair termasuk Michael Jordan, Tiger Woods dan Roger Federer.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI