fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir di empat negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di empat negeri hingga pukul 11 pagi ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Kedah di Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Johor membabitkan Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Selain itu, Sarawak di Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu,” ujarnya.

Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN