fbpx
Pengguna LRT terkandas di Stesen LRT Taman Jaya susulan gangguan bekalan kuasa hari ini.

Ramai terkandas, LRT alami gangguan waktu balik kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkhidmatan LRT mengalami gangguan bekalan kuasa di landasan antara Stesen Universiti dan Stesen Abdullah Hukum pada masa ini.

Rapid Rail Sdn. Bhd. menerusi kenyataannya memaklumkan, bagi memastikan penumpang dapat meneruskan perjalanan, perkhidmatan tren alternatif diaktifkan dari Stesen Taman Jaya dan Stesen Bangsar (Platform 2).

“Pasukan kejuruteraan Rapid Rail kini berada di lokasi kejadian bagi kerja-kerja baik pulih untuk mengembalikan operasi normal secepat mungkin.

“Penumpang dinasihatkan untuk merujuk laman media sosial Rapid KL bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai status perkhidmatan Laluan Kelana Jaya.

Menerusi kemas kini pada laman web Rapid Rail, penumpang boleh menaiki perkhidmatan bas perantara percuma yang disediakan di Stesen LRT Taman Jaya, LRT Universiti, LRT Kerinchi, LRT Abdullah Hukum, LRT Bangsar, LRT Taman Jaya dan LRT Bangsar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI