fbpx
Notis perintah tutup kelas PPKI di SK Taman Permas Jaya 2 susulan penularan kluster influenza.

PPKI SK Taman Permas Jaya 2 ditutup ekoran penularan influenza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Sebuah Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Permas Jaya 2, di sini ditutup ekoran penularan kluster penyakit influenza.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, ini merupakan kes keenam kluster influenza dikesan melibatkan institusi pendidikan sekolah di daerah ini, sejak awal tahun hingga kini.

“Mengikut rekod Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), sepanjang tahun ini terdapat empat kluster dikesan sebagai Influenza A dan dua lagi Influenza B.

“Daripada jumlah itu, hanya kes ini iaitu membabitkan kelas PPKI SK Taman Permas Jaya 2 yang diarahkan ditutup,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial notis penutupan kelas berkenaan di bawah Seksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Penutupan itu berkuat kuasa semalam sehingga 17 Oktober bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan kawalan jangkitan dilakukan serta mengelakkan penularan lebih meluas.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan langkah kesihatan kendiri seperti menjaga kebersihan diri, tidak berkongsi peralatan peribadi, serta mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI